Hang Tuah Berbangsa Cina


Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal Saya tulis dalam artikel ini.
Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.
Di ceritakan, dalam kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenarnya tentang asal keturunannya.
Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mulai diperbincangkan dengan reaksi-reaksi berlebihan seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.
Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan dalam pribahasa "manusia mati meninggalkan nama" Bagaimana pula kita mau memungkiri kenyataan, nama menunjukkan bangsa, artinya Bahasa dan nama merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah pada ulasan ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh sebab itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada nama untuk memperolehi jawaban tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seperti Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang berawal dengan Hang Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China.